Kami warga SMK. Dato' Sri Amar DiRaja, Muar dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan
berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :
Membimbing pelajar-pelajar membentuk sahsiah
yang mulia melalui pemupukan dan penghayatan dan amalan
nilai-nilai murni berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Mendidik pelajar-pelajar untuk menghasilkan
tenaga manusia yang produktif dan berinovatif berdaya juang dan
berketrampilan dalam berbagai bidang ke arah pembangunan Negara.
Mewujudkan iklim sekolah yang bersih,
menarik dan harmoni.
Melahirkan masyarakat berbudi dan
berbudaya penyayang.
Pembimbing pelajar-pelajar ke arah
kecemerlangan akademik dan kokurikulum untuk menjadikan sekolah ini sekolah yang
terbaik.
Bersedia menerima dan melayan
pelanggan yang berurusan dengan sekolah.