- Meningkat dan memupuk minat, kecekapan dan
kemahiran belajar yang tinggi dan berterusan dalam kalangan pelajar.
- Menanamkan semangat berlumba-lumba dan
kepekaan yang tinggi terhadap pencapaian yang cemerlang dalam pelajaran dan
perubahan yang berlaku di sekelilingnya.
- Menimbulkan kesedaran bahawa pelajar-pelajar
adalah tanggungan yang berat bagi negara, yang boleh dijadikan aset yang tidak ternilai
untuk masa akan datang.
- Meningkatkan prestasi akademik dasn bukan
akademik dengan meningkatkan pencapaian kognitif, afektif dan psikomotor dalam kalangan
pelajar supaya menjadi individu yang berpelajaran dan berpendidikan.
- Memupuk minat dan bakat pelajar-pelajar dalam
bidang kebudayaan kebangsaan seperti seni lukis, seni suara, seni tari dan
sebagainya.
- Melahirkan pelajar-pelajar yang progresif dan
dapat mencapai hasrat Wawasan 2020.
- Mewujudkan masyarakat pelajar yang harmonis,
bersatu-padu, taat setia seperti yang termaktub dalam RUKUNEGARA dan FALSAFAH PENDIDIKAN
NEGARA.
- Menambahkan bilangan pelajar yang mendapat
pangkat A dalam PMR serta dapat meningkat mutu kualitinya.
- Mempertingkat peratus pencapaian kelulusan
keseluruhan SPM, serta memperbanyak bilangan dan peratus yang mendapat Pangkat 1,2 di
samping agregat yang lebih baik.
- Mencapai peratus yang
tinggi bagi pelajar-pelajar yang mendapat 4 prinsipal dalam peperiksaan
STPM.
|