1.1 Bahawasanya pendidik-pendidik di Sekolah Dato' Sri Amar
DiRaja Muar ini mempunyai keupayaan, pengetahuan, kemahiran,
kecekapan dan kebolehan iktisas untuk memberikan pendidikan
yang sempurna lagi bermutu bagi memajukan sekolah ini.
1.2 Bahawasanya pelajar-pelajar yang belajar
di sekolah ini mempunyai kebolehan dan potens yang berbeza-beza, (yang
disebabkan oleh faktor sosial, persekitaran, budaya dan peluang) untuk
menambahkan pengalaman bagi memenuhi pertumbuhan dan perkembangan intelek.
1.3 Bahawasanya
Sekolah Dato' Sri Amar DiRaja Muar mempunyai keupayaan dari segi
menyediakan kemudahan dan tenaga pengajar serta bersedia unutk
memikul tanggungjawabnya bagi melahirkan manusia yang boleh
memberikan sumbangan yang positif kepada nusa dan bangsa.