Latar Belakang Rancangan Sekolah Bestari
Malaysia perlu membuat peralihan daripada sebuah negara yang
ekonominya berasaskan kepada industri kepada pemimpin dalam Era Teknologi Maklumat. Bagi
memastikan visi ini tercapai, Malaysia perlu melaksanakan perubahan yang ketara ke arah
literasi teknologi, daya fikir, daya saing dan mampu bersaing dalam persekitaran kerja
yang bercorak global serta menggunakan peralatan-peralatan Era Teknologi Maklumat.
Peralihan ini menuntut supaya sistem pendidikan di Malaysia melaksanakan
transformasi yang ketara tanpa mengenepikan Falsafah Pendidikan Negara. Budaya
persekolahan perlu berubah daripada berasaskan mengumpul maklumat kepada pengetahuan,
pemikiran, kreativiti dan kasih sayang. Salah satu cara bagi mencapai matlamat ini ialah
dengan menggunakan pendekatanan teknologi masa depan.