Apabila negara Malaysia melancarkan Projek Koridor Raya Multimedia, Sekolah Bestari
adalah merupakan salah satu komponen utama. Konsep sekolah ini bersandarkan kepada dua
asas penting iaitu Falsafah Pendidikan Negara dan nilai-nilai Moral.
Sekolah
Bestari mengubah paradigma proses pengajaran dan pembelajaran serta kurikulum.
Antara lain kurikulum sekolah ini mengambilkira kebolehan setiap pelajar. Sebagai contoh
pelajar cemerlang boleh mempelajari kandungan sukatan pelajaran yang lebih tinggi dan
kompleks sementara pelajar yang lemah akan meneruskan segala aktiviti pembelajaran
sehingga mereka bersedia untuk mempelajari kandungan yang lebih tinggi.