Pengetua Sekolah

line.gif (4535 bytes)

Pengurusan Sekolah:
|Pengursan Sekolah| |Carta Organisasi| |Pentadbiran Am| |Maklumat Staf|
|Pengetua| |Guru Penolong Kanan| |Guru HEM| |Guru Kanan Ko-Ku| |Penyelia Petang|
|Guru Kanan Bidang| |Kemenjadian|

 

Biodata Pengetua SMK. Dato' Sri Amar Diraja Muar

En. Zulkiffli Bin Ismail

     Encik Zulkiffli bin Ismail telah dilahirkan di Jalan Yahya Awal, Johor Bahru pada 24 Oktober 1954.  Beliau dibesarkan di Pontian, Johor dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bandar Pontian, Johor mulai tahun 1960 hingga 1966.  Beliau menyambung pendidikan menengah di SMK Dato' Penggawa Barat, Pontian, Johor hingga tamat Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 1971.  Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam di SMK Sultan Ismail, Johor Bahru.
     Encik Zulkiffli lebih terkenal dengan panggilan mesra Pak Zul melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Mohd Khalid, Johor Bahru dan mendapat Sijil Perguruan Malaysia (Kepujian).  Beliau pernah berkhidmat di SK Sungai Karang, Pontian dan SMK Sri Perhentian, Pontian.  Pak Zul kemudian melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dengan memperolehi BA (Hons) dalam bidang sejarah dan memulakan perkhidmatan sebagai Guru Siswazah di SMK Tengku Mahmud Iskandar, Sungai Mati, Muar.  Dalam tahun 1985, En Zulkiffli sekali lagi menyambung pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia dan memperolehi Diploma Lanjutan dalam Psikologi Kaunseling.  Encik Zulkiffli pernah berkhidmat sebagai Penolong Kanan di SMK Tengku Temenggong Ahmad, Kundang Ulu, Muar, Penolong Kanan di SMK Pei Hwa, Sungai Mati, Penyelia Petang di SMK Tun Mamat, Tangkak, Penolong Kanan HEM di SMK Sri Muar, Kaunselor Sepenuh Masa di SMKA Maahad, Muar dan Penolong Kanan HEM di SMK Raja Muda, Parit Jawa, Muar.  Beliau memperolehi Sarjana Sains Bimbingan dan Kaunseling daripada Universiti Putera Malaysia pada tahun 2000.
     Beliau telah berkhidmat sebagai Pengetua di SMK Jalan Junid, Muar, Penolong PPD Akademik di PPD MUAR, Pengetua di SMK Tasik Utara 2,  Johor Bahru, Pengetua di SMK Jementah, Segamat dan Pengetua di SMK Jalan Junid (kali ke-2). Mulai 16 September 2007, beliau berkhidmat sebagai Pengetua di SMK Dato' Sri Amar DiRaja Muar dan dikurniakan jawatan Pengetua Cemerlang DG54 hingga kini.

 Motto diri : Ke Arah Kecemerlangan


 

line.gif (4535 bytes)
 
© 1998-2007 Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sri Amar Diraja Muar, Johor, Malaysia.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di jea5022@sedar.edu.my