Beliau bernama Encik Shukor Bin Rahmat. Telah dilahirkan pada 27
Januari 1957 di Bakri, Muar. Beliau mendapat pendidikan awal di
Sek Keb Seri Bukit Batu, Bakri Muar (1964 - 1969) dan seterusnya
di SMK Tun Perak, Muar (1970 - 1972), SMK Dato' Sri Amar DiRaja,
Muar (1973) dan SM Teknik, Seremban (1973 - 1974).
Beliau bekerja sebagai
kerani di Pejabat RISDA Keratong, Segamat (1979 - 1980) sebelum
melanjutkan pelajarannya ke Maktab Perguruan Teknik, Kuala Lumpur
(1980 - 1981) dan selanjutnya ke Universiti Malaya, Kuala Lumpur
(1988 - 1991).
Beliau mula bertugas di SMK Parit Sulong,
Batu Pahat (1974 - 1991) dan seterusnya bertukar ke SMK Sri Muar,
Muar (1991 - 2003).
Beliau mula berkhidmat di SMK Dato' Sri
Amar DiRaja pada tahun 2003 sebagai Guru Penolong Kanan
Ko-Kurikulum.
Motto
diri: Tegas, Ikhlas, Amanah, Bertanggungjawab.